NS ROYAL 7’s 2010

13/07/2009 15:04

 Kejohanan Ragbi NS Royal 7’s yang berlangsung di Padang KGV, Seremban telah melabuhkan tirai pada petang semalam telah meninggalkan kenangan yang bermakna pada semua pasukan yang bertanding. Bagi pasukan Gerogian Rugby, kejohanan kali ini merupakan pencapaian tertinggi pasukan sejak kali pertama menyertainya pada 2006. Kejohanan yang disertai pasukan- pasukan ternama malaysia dikategorikan kepada dua divisyen, kelab dan sekolah. Bagi kategori kelab, pasukan- pasukan ternama seperti NS Wanderers, COBRA, ASAS, ORGA, RMR Warriors, dan lain- lain yang turut menampilkan pemain- pemain import masing- masing terutamanya dari Fiji, telah mempersembahkan mutu permainan ragbi bertaraf dunia. Bagi divisyen sekolah, kehadiran pasukan dari Akademi Ragbi Afrika Selatan (Matie Academic) nyata telah menyerikan lagi kejohanan NS Royal 7’s ini selain pasukan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Sekolah Sukan Negari Sembilan, SEMSIRA Perlis, SHOAW Sarawak, Sabah Wanderers, SMT Arau, KYS Melaka, Taman Kosas Kuala Lumpur dan lain- lain termasuk KGV.

Bagi kategori kelab, perlawanan akhir cup menyaksikan NS Wanderers selaku juara bertahan menentang pasukan sama perlawanan akhir NS Royal 7’s edisi 2009, COBRA. Kedua- dua pasukan yang telah menunjukkan aksi perlawanan yang menarik dan bermutu sejak dari perlawanan peringkat kumpulan nyata tidak menghampakan peminat- peminat ragbi tempatan yang hadir. Gerakan- gerakan menarik, pantas dan selamba para pemain dari kedua- dua pasukan terutamanya pamain dari Fiji nyata berjaya menambat hati penonton. Kedua- dua pasukan saling berbalas asakan dan cuba melakukan try. Begitu pun, NS Wanderers terlebih dahulu melakukan try melalui gerakan cantik bermula dari garisan 22 meter. Selang beberapa minit, COBRA berjaya melakukan try, namun gagal menyempurnakan conversion dan kedudukan 7 – 5 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.Separuh kedua menyaksikan permainan semakin rancak dengan kedua- dua pasukan berbalas serangan. Walaupun begitu, NS Wanderers yang menunjukkan permainan menarik sejak dari awal lebih mudah melakukan try dan akhirnya mengungguli kejohanan NS Royal 7’s 2009 bagi divisyen kelab dengan 21 – 5.

 

Divisyen sekolah menyaksikan Matie Academy mengungguli bagi kedua- dua kategori cup dan plate. Matie B yang lebih mantap berbanding Matie A telah mengalahkan SS Bandar Penawar dalam perlawanan akhir dangan 28 – 5. Sementara Matie A yang bertemu KGV dalam perlawanan akhir plate dengan 24 – 3. Pasukan KGV yang hanya bermain dalam separuh akhir cup semasa kejohanan kelayakan NS Royal 7’s, Kejohanan Piala Naquiyuddin yang kalah kepada SS Negeri Sembilan merupakan pasukan tunggal dari Negeri Sembilan yang bermain plate. Kedua- dua finalis Piala Naqiuyuddin hanya bermain bowl dan kecundang lebih awal. Walaupun sekadar naib johan plate, tetapi para pemain KGV telah menunjukkan mutu permainan yang sangat membanggakan. Tetapi kelemahan pengadil dalam membuat keputusan semasa perlawanan telah menyebabkan banyak keputusan penting dipertikaikan.