KLINIK RAGBI GEORGIAN RUGBY CLUB
Bagi meneruskan kesinambungan pasukan Georgian Ragbi sebagai pasukan pilihan di peringkat negeri mahupun kebangsaan, modal insan adalah perkara yang paling utama. Menyedari kepentingan pembangunan pasukan pelapis sebagai teras kemajuan pasukan Georgian Ragby, satu klinik ragbi telah dianjurkan sebagai pendedahan kepada pemain- pemain pelapis. Sasaran kilinik ini adalah pemain- pemain Tingkatan 1, 2 dan 3. Seramai 40 orang pemain telah dipilih untuk menyertai klinik ini.
Klinik ragbi yang julung kali dianjurkan oleh Gergian Rugby Club ini, telah dikendalikan leh En Naharuddeen Othman yang juga merupakan bekas jurulatih pasukan ragbi remaja kebangsaan. Walaupun dalam tempoh masa yang singkat, semua peserta klinik nyata tertarik dengan teknik dan pendekatan yang digunakan Nahar. para peserta kelihatan memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi dalam mempelajari teknik- teknik dalam permainan ragbi.
Klinik yang bermula pada pukul 8 pagi itu berakhir pukul 12 tengah hari.