KGV 10’s 2009 MERIAH, LANCAR

12/11/2009 14:45

 

Kejohanan Ragbi KGV 10’s 2009 yang berlangsung dua hari, 7 dan 8 November baru- baru ini berakhir dengan jayanya. Dengan penyertaan sebanyak 36 pasukan- pasukan terbaik dari seluruh tanah air, dan urusan pengelolaan yang lancar, ianya seakan boleh menyaingi kejohanan ragbi peringkat kebangsaan seprti SBP 10’s, MSSM-MILO B15 dan MSSM B18.

Urusan pendaftaran yang bermula sejak awal pagi telah menunjukkan kesungguhan pihak panganjur memastikan kelancaran keseluruhan kejohanan. Komitmen  guru- guru terlibat dalam menjayakan kejohanan ini tidak dapat dinafikan. Terima kasih kepada semua guru SMKKGV yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan edisi keempat ini. Terutamanya Cik Rahime, Pn Zaharah, Ck Rozana, Pn Norasyella, Pn Norilah dan Cik Mardiana yang bertugas di bahagian buletin, buku program, hadiah, jamuan dan makanan pegawai. Tidak ketinggalan En Mohd Zain dari Sekolah Sukan Negeri Sembilan yang bertindak sebagai penasihat teknikal, En Murad dari SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah sebagai pengurus pengadil dan semua guru- guru lain.

Kehadiran tetamu dari Bahagian Pengurusan SBP dan SKK, Kementerian Pelajaran Malaysia amatlah dialu- alukan. Terima kasih kepada En Razip (wakil Pengarah) dari Unit Kokurikulum dan En Arbain dari Unit Kewangan BPSBPSKK yang sudi meluangkan masa menyaksikan kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini.

Kepada semua pasukan yang menyertai kejohanan ini, pihak pengelola ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kerana sama- sama memeriahkan Kejohanan Ragbi KGV 10’s 2009. Kepada pasukan yang menang, tahniah dan yang tidak bernasib baik, diharap lebih berkerja keras demi memajukan pasukan ragbi masing- masing.

Tahniah SEMASHUR johan bagi B16 dan B14.....semoga jumpa lagi di masa hadapan