KEJOHANAN RAGBI SEMSAS 7's 2009
Kuantan- Pada 1 hingga 3 Mei 2009, telah berlangsung Kejohanan Ragbi SEMSAS 7’s 2009 di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Kejohanan SEMSAS 7’s yang mempertandingkan kategori bawah 15 dan bawah 18 ini, merupakan satu-satunya kejohanan tujuh sebelah peringkat Kebangsaan anjuran sekolah. Selain pasukan Georgian Rugby (GR) yang menghantar dua pasukan B15 dan B18, pasukan- pasukan handalan lain seperti SM sains Selangor, SM Sains Johor, Bintang Rugby Club (KL International School), SBPI Jempol dan SBPI Kuantan turut menghantar pasukan masing- masing.
GR yang pertama kali menyertai SEMSAS 7’s ini, turun sebagai antara pasukan pilihan di samping Sains Selangor dan Sains Johor yang turun selaku juara bertahan bagi kategori B18 dan B15 masing- masing. Dalam perlawanan peringkat kumpulan, kedua-dua pasukan GR tidak menghadapi masalah untuk muncul sebagai johan kumpulan.
Pasukan B15 yang mara ke perlawanan separuh akhir, kandas selepas tewas kepada Sains Selangor dalam perlawanan separuh akhir. Kekalah tersebut memaksa pasukan GR B15 bertemu Bintang RC dalam penentuan tempat ketiga. Dalam perlawanan tersebut, GR menewaskan Bintang RC dangan 4 try berbalas 2.
Pasukan GR B18, yang mara ke perlawanan akhir, juga bertemu Sains Selangor. Dalam perlawanan akhir, menyaksikan perlawanan lebih memihak kepada Sains Selangor berikutan beberapa tonggak utama GR tidak dapat beraksi seratus peratus akibat kecederaan. Walau pun cuba melakukan beberapa gerakan, pemain- pemain Sains Selangor lebih pantas mengekang gerakan- gerakan tersebut. Sains Selangor yang lebih menumpukan serangan di bahagian ‘forward’, berjaya melakukan try seawal minit kedua. Kemaraan pasukan Sains Selangor seolah- olah tidak dapat dikekang pasukan GR yang kelihatan letih. Keputusan akhir, Sains Selangor menang dengan 4 try tanpa balas.
Tahniah Sains Selangor yang mengondol juara barganda, johan kategori B15 dan B18 selain mengekalkan status juara bertahan.
Tahnian SEMSAS yang berjaya menganjurkan SEMSAS 7’s edisi 2009.